Index > FAQ

Soalan-Soalan Yang Sering Ditanya


Di Malaysia, ramai pengguna komputer serta pakar-pakar sering menyerah dan berputus asa apabila mengalami masalah kehilangan data. Mereka tidak mengetahui dan menyedari bahawa ianya mempunyai harapan untuk mendapatkan balik data mereka yang hilang itu.


Ini adalah kerana maklumat tentang kehilangan data adalah tidak betul atau tidak tepat (kemungkinan terjadi kedua-duanya sekali). Oleh itu, tidak hairanlah jika kebanyakan pengguna salah faham antara kehilangan data dan pemulihan data. Kami memahami bahawa ramai individu dan juga syarikat koperasi bergantung kepada penggunaan komputer untuk kerja harian mereka.


Di sini, kami menjawab beberapa soalan yang kerap dikemukakan kepada kami oleh para pengguna:



Soalan:




Jawapan


Apakah itu pemulihan data ?


Jawapan :
Pemulihan data adalah suatu perbuatan memproses, menyelamat dan mengambil balik kembali data yang sebelumnya tidak boleh diakses oleh kerana akibat kerosakan fisikal atau logikal. Terdapat beberapa cara kerosakan ini boleh berlaku, sama ada melalui serangan virus, kerosakan data, kerosakan fisikal, hentakkan, salah pengguna, bencana alam semula jadi (banjir dan api) serta beberapa sebab yang lain lagi.



Kerosakan ini terjadi pada semua media digital seperti:

  • cakera keras 3.5 atau 2.5 PC dan notebook
  • pita backup, floppy disk, Zip disk
  • cdr, cdrw, dvdr, dvdrw
  • kad memori flash, kad SD , Memory stick, kad MMC, kad XD dan sebagainya.




Apakah yang mengakibatkan kehilanga data ?


Jawapan:
Ada pelbagai sebab yang boleh menyebabkan kehilangan data. Antaranya adalah:


  • Serangan Virus
  • Kerosakan pada Sistem Fail Logikal
  • Terpadamnya file atau partition, terformat cakera
  • Kerosakan data
  • Jenyah komputer atau sabotaj
  • Kegagalan bahagain hardware atau electronik
  • Kegagalan read-write head
  • Hentakkan
  • Kesalahan pengguna
  • Bencana alam seperti api dan banjir


 


Di mana dan bagaimanakah saya menghubungi syarikat anda?


Jawapan
Lokasi kami adalah di Petaling Jaya, Selangor. [sila rujuk pada peta lokasi]

Bagi pelanggan yang memerlukan khidmat pengantar dalam negeri kami (termasuk Sarawak dan Sabah) sila hubungi:
03-7727 7801 / 7727 7802 semasa waktu pejabat (9.00AM hingga 6.00PM, Isnin hingga Jumaat) atau email ADRC support untuk bantuan.




Bagaimanakah ADRC mengira dan menetapkan harga bayaran untuk perkhidmatan pemulihan data?


Jawapan
Harga pemulihan data akan bergantung kepada beberapa fakta:



Penilaian perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sebut harga boleh dijanakan.



 


Berapa lamakah tempoh penialain ?


Jawapan
Penilaian mengambil masa tidak melebihi daripada 48 jam atau 2 hari, dan mengikuti giliran “siapa datang dahulu, akan dilayan dahulu”. [tatacara ADRC memulih data]



Data saya amat sulit. Apakah yang boleh menjaminkan saya supaya kesulitan data saya tidak akan terdedah dan sentiasa dijaga?


Jawapan
Kami menyimpan semua data dan maklumat secara sulit dan tidak akan menyerah, menukar, memindah, mengeluarkan kembali, menjual atau menggunakan data anda sama ada sebahagian atau seluruh data yang diberikan kepada kami.



Semua fail, maklumat dan data pada tangan kami akan dibinasakan dalam tempoh masa 5 hari kerja setelah kami memulangkan data yang dipulihkan kepada pelanggan dan selepas penerimaan bayaran penuh. Kami rela menandatangani sebarang surat persetujuan tiada-pembongkaran dengan para pelanggan.


 


Perlukah saya bayar jika tiada data dapat dikembalikan ?


Jawapan
Anda tidak perlu bayar jika tiada data yang dapat kami kembalikan.

 




Bagaimanakah saya hantar cakera keras saya yang rosak ?


Jawapan
Di sini ada beberapa langkah yang anda harus ambil supaya media anda tidak mengalami kerosakan yang lebih lanjut lagi ketika menghantar media kepada kami.




Jika data genting terpadam, bolehkah saya terus menggunakan komputer ?


Jawapan
Jangan guna PC atau notebook anda dan terus matikan unit tersebut. Ini adalah untuk menggelakkan data anda tidak hilang buat selama-lamanya.

 




Jika sistem saya menjumpai ketidaktetapan dan ketidaksejajaran dalam sistem fail saya, bolehkah saya menggunakan scandisk atau chkdisk untuk menyemak kerosakan ?


Jawapan
Sila jangan gunakan chkdisk atau scandisk apabila anda menemui kegagalan cakera keras.

 




Bagaimanakah saya hendak memilih antara syarikat-syarikat yang menawar perkhidmatan pemulihan data?


Jawapan
Sentiasa diingatkan bahawa anda akan menghantar data penting anda kepada seseorang yang anda tidak kenali. Anda harus mempercayai orang tersebut. Buatlah pengkajian sebelum menghantar media anda seperti:


  • Latarbelakang, pengalaman dan kepakaran syarikat tersebut
  • Adakah pemulihan data merupakan perniagaan utama syarikat tersebut?
  • Adakah kerja-kerja pemulihan dijalankan di dalam negeri atau syarikat itu merupakan sebuah syarikat perwakilan?
  • Pernahkah syarikat itu menerima sebarang penghargaan atau testimoni?
  • Apakah kadar kejayaan dan bagaimanakah kadar tersebut ditentukan?
  • Apakah taraf yang syarikat tersebut gunakan sebagai pengukur?
  • Adakah syarikat tersebut mempunyai makmal C100 dan kemudahan yang lengkap?




Bolehkah saya menggunakan software pemulihan untuk mendapatkan balik data saya?


Jawapan
Apabila anda membuat pemulihan secara sendiri, sila berhati-hati untuk mengelakkan kehilangan data yang tetap. Kesilapan dan kecuaian pengguna boleh mengakibatkan data yang sememangnya boleh dipulihkan, hilang untuk buat selama-lamanya.




Apakah yang perlu saya lakukan jika saya hendak memohon perkhidmatan pemulihan data ?


Jawapan
Sila baca sini untuk maklumat yang lebih lanjut




Apakah langkah-langkah yang diambil oleh ADRC Malaysia semasa proses pemulihan data?



Jawapan
Setelah kami menerima media anda yang rosak, ADRC akan membuat penilaian sebelum membuat penawaran harga kepada anda melalui email.


Setelah pengguna bersetuju untuk menjalankan kerja pemulihan, kami akan membuat salinan imej dan membuat pemulihan dengan menggunakan imej tersebut. Ini adalah untuk memastikan supaya media rosak yang asal tidak dikacau.

Jika tiada data yang dapat dikembalikan, maka tiada bayaran yang dikenakan.


Tiada bayaran penilaian, tetapi bayaran pembatalan sebanyak RM95.00 dikenakan jika pengguna tidak ingin menjalankan kerja pemulihan setelah menerima sebut harga.

Maklumat lanjut tentang bayaran penilaian dan bayaran pembatalan.

Mengapa anda sepatutnya memilih ADRC untuk keperluan pemulihan data anda.

 

© 2010 Adroit Data Recovery Centre Sdn Bhd