Struktur Harga ADRC
Penilaian kami adalah percuma.
Cogankata kami adalah “Tiada Data, Tiada Bayaran”.
Kami mempunyai perkhidmatan yang berlainan untuk menyesuaikan keperluan-keperluan pelanggan yang berlainan.
- Perkhidmatan Biasa
Mengambil masa 5-7 hari setelah kami menerima kebenaran untuk melakukan sesebuah kerja.
- Perkhidmatan darurat
Perkhidmatan ini hanya mengambil masa 48 jam. Akan tetapi, harga pemulihan adalah 20% lebih daripada perkhidmatan biasa.
Baca dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan Darurat Kami.
Kami menawarkan 2 jenis perkhidmatan pemulihan.
Tidak kira apa jua perkhidmatan yang digunakan, Pusat Perkhidmatan Pemulihan Data Adroit Malaysia tetap tertakluk kepada polisinya iaitu “Tiada Data, Tiada Bayaran”

Bagaimanakah Pusat Perkhidmatan Pemulihan Data Adroit Malaysia Menetapkan Harga Bayaran?
Apabila pengguna menghantarkan media mereka (sama ada cakera keras, pemain mp3 dan sebagainya) yang memerlukan perkhidmatan pemulihan data daripada kami, juruteknik kami akan menilai serta menetapkan jenis kerosakan media tersebut, dan ianya sentiasa dibuat mengikuti giliran pada "first come, first serve" (iaitu Siapa datang dahulu, akan dilayan dahulu). Proses ini biasanya mengambil masa dalam 2 hari setelah kami memperolehi media tersebut.

Harga pemulihan adalah berdasarkan kepada beberapa faktor seperti dibawah:
- Kesulitan atau parah kerosakan media tersebut.
- Kerosakan berasal dari peralatan dalaman hardware (seperti kerosakan pada bahagian cakera keras) atau kerosakan pada perisian (software) komputer (seperti serangan virus atau kerosakan sistem operasi)
- Jenis sistem operasi yang digunakan (Windows, Macintosh, Unix).
- Jenis media tersebut, sama ada cakera keras 3.5" yang digunakan pada komputer desktop, cakera keras 2.5" pada komputer laptop, kad penyimpan data flash (flash card) atau secara USB, CD-R, DVD-R dan sebagainya.
- Jenis perangkaian RAID dalam pelbagai susunan, sama ada RAID 0, RAID 1, RAID 2, RAID 3, RAID 5 atau pergabungan antara perangkaian seperti RAID 0 dan RAID 5
- Bilangan cakera di dalam perangkaian RAID
Setelah menerima sebut harga daripada kami, pengguna akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan dengan kerja pemulihan atau tidak. Jikalau kami diizinkan untuk memulakan kerja pemulihan tersebut dan kami gagal mengembalikan data anda, maka kami tidak akan mengenakan sebarang bayaran.
Proses Penilaian
Akan tetapi, jika pengguna ingin membatalkan kerja pemulihan setelah menerima sebut harga, maka kami akan mengenakan bayaran pembatalan sebanyak RM95.00. Sila mengambil perhatian bahawa bayaran pembatalan adalah berlainan daripada bayaran penilaian.

Bayaran Pembatalan dan Bayaran Penilaian
Terdapat sesetengah orang menanya kami: "Mengapakah anda mengenakan caj bayaran pembatalan jikalau ADRC tertakluk pada polisi “Tiada Data Tiada Bayaran?”. Adakah ini sebenarnya bayaran penilaian?"
Sudah tentunya TIDAK.
Mari kita perhatikan perbezaannya antara "bayaran penilaian" dan "bayaran pembatalan".
Bayaran penilaian adalah suatu jenis bayaran yang dicajkan oleh sesebuah syarikat pemulihan data, tidak kira sama ada data anda dapat dikembalikan atau tidak. Bayaran ini juga sentiasanya dikutip terlebih dahulu daripada pengguna semasa mereka menghantarkan media kepada syarikat pemulihan data dan sebelum kerja penilaian dimulakan. Terdapat sesetengah syarikat pemulihan data mengenakan bayaran penilaian sebegini dan ianya boleh menjejak sehingga beberapa ratus ringgit.
Bayaran pembatalan pula hanya dikenakan apabila pengguna memutuskan untuk membatalkan kerja pemulihan selepas menerima sebut harga daripada kami.
Jika pengguna memutuskan untuk meneruskan kerja pemulihan dan seterusnya tiada data yang dapat dikembalikan, maka anda tidak perlu membayar sesen pun sungguhpun kami telah mencurahkan segala usaha serta masa beberapa jam mahupun hari dalam kerja pemulihan tersebut. Kami sentiasa mengamalkan cogankata kami, "Tiada Data, Tiada Bayaran".
Jika kami tidak dapat mengembalikan data anda, anda tidak perlu membayar kami sesen pun.
Tujuan kami mengenakan bayaran pembatalan ini adalah seolah-olahnya untuk memastikan bahawa hanya pengguna yang memang berminat dan sememangnya ingin mendapatkan balik semula data mereka datang ke ADRC untuk perkhidmatan kami. Kami menyedari bahawa cara ini adalah yang terbaik dan bayaran ini akan terlebih dahulu diterangkan dan dijelaskan kepada semua pengguna sebelum mereka menghantar media kepada kami untuk penilaian.