Senarai khidmat pemulihan data
Data anda yang hilang selamat pada tangan ADRC.
Dengan juruteknik kami yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang mendalam serta kemudahan makmal Class 100 yang lanjut, kami mengesyorkan bahawa keperluan pemulihan data anda akan diselesaikan dengan tangkas dan secepat mungkin. Kami menjamin pengalaman anda bersama kami sentiasa memuaskan dan menyenangkan hati.
Tidak kira apa jua jenis penyimpan data, sistem operasi, pembentukan data dan platform, kami akan mengembalikan data dalam sebarang keadaan yang melampau. Sama ada ianya pemulihan dari cakera keras Desktop atau Laptop, cd, dvd, cakera liut, penyimpan flash sehingga perangkaian pelayan RAID, kami mempunyai penyelesaiannya untuk mengembalikan data anda dengan sepenuhnya.
Pemulihan Data Desktop dan Laptop.
Dengan kebolehan simpanan data yang bersaiz besar, fail-fail dan maklumat-maklumat disimpan di koperasi, pemerintahan, sekolah dan rumah di serata dunia, berjuta-juta orang bergantung dan bersandar kepada komputer dalam kehidupan harian mereka. Alat-alat ini menyimpan data-data yang ketara dan ia adalah satu senjata yang paling kuat di dalam dunia ini - informasi atau maklumat. Walau bagaimanapun, penggunaan alat-alat ini juga mempunyai kebahayaannya.
Kemudahan memindahkan alat bukan sahaja menjadi keperluan untuk mengikuti perkembangan teknologi IT malah, ia telah menjadi ikut-ikutan terutamanya di kalangan eksekutif muda zaman sekarang. Komputer laptop atau notebook digunakan di kawasan-kawasan luar tempat kerja sama ada di rumah, dalam kapal terbang, kereta api ataupun kenderaan darat. Namun begitu, alat-alat yang mudah dipindahkan ini juga akan bertembung dengan satu masalah yang besar – iaitu kejutan secara fiskal yang disebabkan oleh sama ada kejatuhan secara tiba-tibaan atau ketukan. Kejutan ini boleh menyebabkan kehilangan data anda.
Kehilangan data juga boleh terjadi atas sebab-sebab yang lain, seperti kesilapan memadam fail atau partition (kesalahan pengguna), kerosakkan mekanikal, format, menyimpan data mengatasi data yang lama, kerosakkan software (logikal), serangan virus dan ketimpaan bencana alam semula jadi (Api, Banjir, Kilat dan lain-lain). Kejutan kuasa elektrik boleh menyebabkan kerosakkan pada papan PCB, kepala baca/tulis serta pada adaptive dalam PROM (Programmable Read Only Memory) di papan PCB.
Kebanyakan peristiwa kehilangan data terjadi secara tiba-tibaan dan tidak dapat dijangka. Mujurlah Pusat Perkhidmatan Pemulihan Data Adroit mempunyai segala kemudahan dan pengalaman untuk mendapatkan semula kehilangan data anda dan memastikan anda tidak akan mengalami situasi lama lagi.
Pemulihan Pelayan dan Perangkaian RAID
Teknologi telah berkembang dengan pesat semenjak beberapa tahun yang lalu dan media backup juga bertambah dengan kadar setanding. Kebanyakan syarikat menggunakan backup dan penyimpan berlebih-lebihan (seperti RAID 5 sebagai jaring keselamatan atau perantara untuk menenangi mereka daripada kehilangan data). Menyimpan data salinan sudah menjadi kebiasaan dan akan terus menjadi perlindungan terbaik untuk sesebuah syarikat.
Walaupun menyimpan data salinan adalah cara terbaik sehingga kini, teknologi backup dan kaedah bukan selalunya cara yang kalis dari kehilangan data. Kegagalan juga akan berlaku apabila tatacara tidak dikuatkuasakan oleh pentadbir dengan betul, sistem perkakas tidak berfungsi dengan betul, kerosakan perisian atau media pita tidak berfungsi dengan betul.
Backup adalah amat berguna kerana apabila perangkaian RAID atau pelayan gagal, sistem backup tersebut akan digunakkan untuk berfungsi. Akan tetapi, apabila data hilang terutamanya sering kali dalam waktu-waktu yang genting, backup itu ternyata tidak mencukupi atau tidak berguna.
Bagi kebanyakan syarikat, kehilangan data bukan sahaja melecehkan, malah juga boleh menyebabkan kerugian kewangan yang besar. Dalam situasi yang lampau, sesebuah syarikat itu terpaksa ditutup jikalau data yang hilang tidak dapat dikembalikan. Seseorang itu tidak dapat menghayati kerumitan keadaan ini sehingga seseorang itu mengalaminya pada diri sendiri.
Kami di Pusat Perkhidmatan Pemulihan Data Adroit Malaysia Sdn. Bhd memahami betapa penting dan kritikalnya data anda kepada kejayaan syarikat anda. Tidak kira apa jua konfigurasi RAID atau pelayan anda, ADRC Malaysia mempunyai perisian milik sendiri, kaedah dengan sokongan peralatan yang lanjut serta juga kepakaran dalam pengembalian data anda dari pelbagai sistem simpanan.