Index > Tatacara

Memohon perkhidmatan pemulihan data.


Sila ambil 4 langkah ini apabila menghantar media anda:


Permohonan untuk Perkhidmatan Pemulihan Data

 

Sila isi borang permohonan dan hantar kepada kami.

 


Sila catatkan Nombor ID Permohonan Kerja yang dijanakan. Selepas penghantaran borang secara online, anda dinasihatkan supaya mencetak satu salinan borang untuk rujukan anda di masa hadapan.


Anda juga seharusnya melampirkan satu salinan borang tersebut ataupun sekurang-kurangnya melabelkan media anda dengan maklumat yang penting seperti:


  • Nama pengguna
  • Nombor telefon
  • Nombor faks
  • Alamat email
  • Alamat rumah


Hantar Media Data Anda


Media tersebut seharusnya dibalut dan dibungkus di dalam kotak yang sesuai sebelum dihantar melalui pengantar atau syarikat pengiriman. Anda juga boleh memohon perkhidmatan Pengantar Dalam Negeri ADRC Malaysia.



Sila alamatkan bungkusan kepada:


Pusat Perkhidmatan Pemulihan Data Adroit Malaysia
Sdn Bhd
C801, Metropolitan Square Commercial,
Jalan PJU 8/1,
Bandar Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia


Penilaian


Setelah kami menerima media anda, kami akan membuat penilaian dan menetapkan sifat kerosakan media anda. Selepas itu, sebut harga akan dijanakan dan dihantarkan kepada anda melalui email atau faks, biasanya dalam masa 2 hari. Sekiranya kebenaran diluluskan oleh anda untuk kami memulakan kerja, juruteknik kami akan menjalankan kerja-kerja pemulihan dengan segeranya.




Mengesan Kerja Online


Jika anda ingin meyemak keadaan kerja anda, anda boleh sentiasa merujuk kepada Sistem Mengesan Kerja Online di mana-mana sahaja anda berada!




 

© 2010 Adroit Data Recovery Centre Sdn Bhd